BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, April 6, 2010

KEK KEJAYAAN


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
  • Biarkan adunan menjadi lembut.
  • Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  • Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  • Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
  • Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.

Sunday, March 21, 2010

FRIENDSHIP....


Someone turned to me and asked

"How many friends have you?"
Why 10 or 20 friends I believe
And began to named a few...


A blessed one you are
To have so many friends
But think of what you're saying...
A friend is just not someone
To whom you say "Hello"


A friend is a tender shoulder
On which to softly cry
A well to pour your troubles down
And raise your spirits high


A friend is a hand to pull you up
From darkness and despair...
When all your other "so called" friends
Have helped to put you there


A true friend is an ally
Who can't be moved or bought
A voice to keep your name alive
When others have forgot


But most of all a friend has a true heart
For from the hearts of friends
There comes the greatest love of all!


So think about all this
For every word is true
And once again answer please...
How many friends have you?


After much thought I answered
I really only have just one
"It's You!"


A Friend Is Always Special
Because Friends Love You
Just Because You're You!















Sunday, March 14, 2010

KETAWA???



Percaya atau tidak, membuatkan diri ketawa boleh menjadi terapi terbaik tanpa kita sedari. Maklumlah, seratus kali ketawa sehari bersamaan dengan 10 minit berjoging. Ini sudah semestinya lebih mudah dilakukan berbanding berlari mengelilingi sebuah padang.

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.

Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah tersentuh dan ceria. Sehari, mereka boleh ketawa sehingga 400 kali padahal orang dewasa secara purata hanya ketawa sebanyak 15 kali.


4 fakta tentang ketawa :

1. ketawa mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Para penyelidik dari pusat perubatan Universiti Maryland, Baltimore mendapati ketawa boleh mempengaruhi fungsi saluran darah. Ia akan mengembangkan bukaan dalaman bagi meningkatkan pengaliran darah.

2. ketawa selama 15 ninit sahaja sehari boleh membantu mengurangkan berat badan. Golongan saintis di university Vanderbilt Nashville, Tennesse mendapati setiap dos ketawa sehari boleh membakar sehingga 5 paun lemak dalam tempoh setahun.

3. tahukah anda bahawa ketawa itu boleh berjangkit?? Kini kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang terdengar suara gelak ketawa boleh memberi tindak balas kepada bahagian otak yang diaktifkan ketika kita tersenyum.

4. ketawalah untuk membuatkan organ-organ anda teransang. Menurut Mayo Clinic, ketawa dapat memperbaiki sistem imunisasi tubuh, melegakan kesakitan, tekanan mahupun sakit perut dan meningkatkan kepuasan diri.





Monday, March 1, 2010

LOVE IS CINTA...


kehadirannya tanpa disedari
namun kehadirannya membawa seribu erti
dan meninggalkan sejuta kenangan
mendewasakan setiap insan
itulah dia cinta

semasa mengalaminya semuanya indah
terasa dunia milik berdua
bila berpisah musnah segalanya
ikatan yang erat entah ke mana menghilangnya
inilah dunia percintaan

dunia cinta amatlah pelik
sekejap suka dan sekejap duka
pelbagai rasa menambahkan lagi perisa
untuk dikenang selama-lamanya
itulah dia cinta yang sebenar

cinta yang ikhlas tak terucap
namun hadir dari sinar mata
ia tak pandai berkata-kata
tapi lahir dari hati yang suci
itulah uniknya cinta



LASKAR PELANGI


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau mera
ihnya

laskar pelangi takkan teri
kat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia sela
manya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman
abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


laskar pelangi takkan terikat
waktu


Monday, January 25, 2010

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

Adakah diam itu lebih baik atau jalan yang terbaik untuk dilakukan? Kadang-kadang apabila kita mendiamkan diri ketika orang lain sedang marah-marah menyebabkan orang berkenaan akan reda kemarahannya. Namun, jika kita terus mendiamkan diri kita kan terus ditekan, dikecam dan berbagai lagi malah dituduh bersalah. Sebenarnya sikap mendiamkan diri kena pada masa tertentu namun tidak sesuai pada ketika yang lain. Sepatutnya kita bukan mendiamkan diri, tetapi menjadi pendengar yang baik. Menjadi pendengar yang baik bukanlah usaha yang mudah. Seseorang harus dapat bersikap objektif dan dapat memahami pesan yang disampaikan oleh lawan berkomunikasinya. Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan.

Sebenarnya memang sedikit mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang berkesan dan menjadi pendengar yang baik. Malah mereka yang mempunyai kemahiran sosial dan perhubungan awam yang baik terdiri daripada komunikator yang pandai berbicara dan dalam masa yang sama juga menjadi pendengar yang pintar.

Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Pendengar yang baik juga mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.


Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:

  • Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
  • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  • Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
  • Lihat tepat ke dalam anak matanya.
  • Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
  • Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya…ya…aha".
  • Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  • Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  • Elakkan dari mengkritik.
  • Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  • Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  • Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
  • Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.


Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri.