BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 10, 2012

welcome back....hehe

hello everyone....lama sudah sy menyepi dari dunia blog ni sampai password pun terlupa..entah apa mimpi hari ni sy teringin untuk membuka blog ni..semua ni ekoran daripada sokongan kalian semua yang sudi singgah sebentar di blog ni dan meninggalkan sepatah dua kata yg menaikkan semangat sy untuk kembali aktif....

Monday, September 6, 2010

MySpace nak muntah tgk kek mcm ni...mampukah korg semua memasukkan kek mcm ni ke dlm mulut huhu....MySpace

















cake divorce???

huhu...hari ni aku terjumpa sesuatu yg aku x pnh jumpa...kawan2 sume pun tentu terkejut tengok hehe MySpace hahaha jgn jd demam pas tengok sudah...


















Love Letter Generator

Ladybug Note Generator

it's me...

MySpace haii sume...lama da x jmpa kat ruangan blog ni MySpace hehehe..biasala hidup sbg student bz je ngan keja yg x pandai hbs2 MySpace..ye ke baca buku MySpace..bila la nak abis study ea MySpace da x sbr lagi da rasa hati ini MySpace..pas study keja MySpace kemudian tunaikan semua impian MySpace. lepas tu baru fikir pasal kahwin plak MySpace huhu...inilah kehidupan ku di masa depan MySpace hehehe..alangkah indahnya dunia jika semua yg kita impikan akan dapat kita capai MySpace..

Tuesday, April 6, 2010

RENUNGKANLAH..


BERSYUKURLAH SELALU


Apapun yang kita miliki sekarang jangan mengeluh walaupun payah mana sekalipun untuk kita menerima sesuatu perkara itu. Bersyukurlah selalu dengan apa yng kita miliki. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita dan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah rencana yang terindah yang telah Dia tetapkan untuk hidup kita.

Dalam percintaan, Tuhan sengaja mahu kita bertemu dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kita hidup bukan untuk memiliki kerana apa yang kita miliki di dunia tidak akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya. Maka selagi kita memiliki sesuatu sayangilah ia dengan sepenuh hati dan bersyukurlah kerana kita telah dan pernah memilikinya. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Carilah seseorang yang mampu membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Jadilah bintang yang sentiasa bersinar untuk menerangi kegelapan orang lain kerana kita akan tersenyum puas selepas menolong orang di sekeliling kita. Janganlah jadi seperti api dalam sekam yang dalam diam membinasakan kehidupan orang lain.