BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 6, 2010

RENUNGKANLAH..


BERSYUKURLAH SELALU


Apapun yang kita miliki sekarang jangan mengeluh walaupun payah mana sekalipun untuk kita menerima sesuatu perkara itu. Bersyukurlah selalu dengan apa yng kita miliki. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita dan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah rencana yang terindah yang telah Dia tetapkan untuk hidup kita.

Dalam percintaan, Tuhan sengaja mahu kita bertemu dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kita hidup bukan untuk memiliki kerana apa yang kita miliki di dunia tidak akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya. Maka selagi kita memiliki sesuatu sayangilah ia dengan sepenuh hati dan bersyukurlah kerana kita telah dan pernah memilikinya. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Carilah seseorang yang mampu membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Jadilah bintang yang sentiasa bersinar untuk menerangi kegelapan orang lain kerana kita akan tersenyum puas selepas menolong orang di sekeliling kita. Janganlah jadi seperti api dalam sekam yang dalam diam membinasakan kehidupan orang lain.

KEK KEJAYAAN


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
  • Biarkan adunan menjadi lembut.
  • Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  • Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  • Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
  • Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.