BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 14, 2010

KETAWA???



Percaya atau tidak, membuatkan diri ketawa boleh menjadi terapi terbaik tanpa kita sedari. Maklumlah, seratus kali ketawa sehari bersamaan dengan 10 minit berjoging. Ini sudah semestinya lebih mudah dilakukan berbanding berlari mengelilingi sebuah padang.

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.

Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah tersentuh dan ceria. Sehari, mereka boleh ketawa sehingga 400 kali padahal orang dewasa secara purata hanya ketawa sebanyak 15 kali.


4 fakta tentang ketawa :

1. ketawa mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Para penyelidik dari pusat perubatan Universiti Maryland, Baltimore mendapati ketawa boleh mempengaruhi fungsi saluran darah. Ia akan mengembangkan bukaan dalaman bagi meningkatkan pengaliran darah.

2. ketawa selama 15 ninit sahaja sehari boleh membantu mengurangkan berat badan. Golongan saintis di university Vanderbilt Nashville, Tennesse mendapati setiap dos ketawa sehari boleh membakar sehingga 5 paun lemak dalam tempoh setahun.

3. tahukah anda bahawa ketawa itu boleh berjangkit?? Kini kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang terdengar suara gelak ketawa boleh memberi tindak balas kepada bahagian otak yang diaktifkan ketika kita tersenyum.

4. ketawalah untuk membuatkan organ-organ anda teransang. Menurut Mayo Clinic, ketawa dapat memperbaiki sistem imunisasi tubuh, melegakan kesakitan, tekanan mahupun sakit perut dan meningkatkan kepuasan diri.





0 comments:

Post a Comment